Monday, January 17, 2011

Resepi 2 - Nasi Ayam

ari sabtu aritu,
tinggal sesorg kt umah
terasa mcm suri rumah pulak
plus, its our first weekend yg dok umah
sblm ni ade je program ke sana sini

so ni ade peluang dok umah,
i ambil kesempatan utk feel suri rumah
dr pagi, dok kemas satu umah
mop and vacuum bagai
cuci baju, cadar, telekung, towel etc
fuuuuuhhh...mmg pnat
siapa kata suri rumah ni goyang kaki huh huh huh????

setel semua, terasa cam nk masak
nk masak nasi
tu yg terhasil Nasi Ayam tu
:)

here's how i did it k
ni utk dikongsi n as my reference in the future jugak!


Sup Ayam

Bahan-bahan
1/4 bhgn ayam
1/2 biji bawang besar *
3 ulas bwg putih *
1/2 inci halia *
1 kiub Maggi Chicken Stock
Air
Garam
daun sup
daun bawang





Cara-cara
1. Blend kering bahan *
2. Lebur semua bahan dalam periuk, and renih dgn api kecil. tambah garam secukup rasa
3. hiris daun sup n daun bawang sblm hidang

Note: air tu biar lebih. akan diguna utk nasi pula
  


Sambal Nasi Ayam

Bahan-bahan
5 ulas bawang putih *
4 tangkai lada merah *
sebiji jus limau kasturi / cuka
garam
gula





Cara-cara
1. Blend basah bahan * dan tuang dlm mangkuk
2. campur jus limau. tambah garam dan gula secukup rasa.
3. tambah air kalau terlalu pekat


Nasi Ayam

Bahan-bahan
1 pot beras basmathi (biasa pon boleh cuma basmathi, berasnye panjang²)
1/2 biji bawang besar *
3 ulas bwg putih *
1/2 inci halia *
1 btg halia dititik
Air rebusan ayam
1 sudu butter (kalau ada)
sedikit minyak

Cara-cara
1. Cuci beras, and rendam beras at least 10 minit. (tips yg mmg i amalkan utk nasi berperisa eg: nasi lemak, beriani, minyak etc) Tos selepas 10 minit
2. Blend bahan *
3. Tumis bahan yg di blend dan serai dgn sedikit minyak n butter smpai kekuningan...kalau tak perlu minyak, tak payah..kang oily sgt.
4. masukkan beras. goreng perlahan smpai sekata, n beras jd kekuningan sikit. (jgn kacau sgt. takut beras pecah)
5. sukat air rebusan dalam rice cooker's pot (utk basmathi, 1 pot nasi = 2 pot air) rase air rebusan tu. make sure air tu masin mcm air laut (memang nk kasi masin sikit). on kan rice cooker, biar air rebusan terus mendidih dlm cooker.
6. bila air dlm cooker dh menggelegak and beras dh kekuningan, masuk beras dlm cooker. and biar masak.



Ayam Goreng / Bakar

Bahan-bahan
Ayam yg dh direbus utk sup tadi
1/2 biji bawang besar *
3 ulas bwg putih *
1/2 inci halia *
Serbuk lada hitam kasar
Oyster Sos
serbuk kunyit
garam
honey

Cara-cara
1. blend bahan *
2. lumur bahan * dan bahan yg lain kecuali honey
3. last sekali baru lumur honey
4. perap selama yg mungkin
5. bakar atau goreng! tak perlu lama sgt. sbb ayam kan dh masak masa direbus utk sup tadi. ni goreng hanya utk kasi bahan perapan tu makin resap je. honey tu buat ayam nmpak berkilat @ glazy!





1 comment:

nadieeyya said...

meh r anta sini sket...raoul nak...hehehe (sbnrnye mama dia yg nak melantak..huhuhu)

Our E-Invite by WeddingKami